Penumpang LRT Stesen Universiti dapat perkhidmatan e-hailing percuma

oleh Penyumbang Rencana|
Sepertimana yang kita ketahui perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya di mana 16 stesen dihentikan operasi bermula 9 November lalu dan digantung operasi selama tujuh hari.


Sejak itu, ramai pengguna perkhidmatan awam tersebut mengadu mengalami permasalahan dan kelewatan untuk ke tempat kerja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Sehubungan dengan itu beberapa sukarelawan E-hailing telah memberikan perkhidmatan secara percuma kepada para penumpang perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya di Stesen Universiti.


Fahmi Fadzil, penyandang Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, kehadiran sukarelawan yang memberikan perkhidmatan secara percuma itu berlaku selepas beliau mengadakan perjumpaan dengan mereka semalam (Khamis).


“Setiap hari bermula Jumaat hingga 15 November, oleh kerana LRT down (tergendala), beberapa pemandu e-hailing di Lembah Pantai telah tampil untuk membantu menghantar warga dari LRT Universiti ke destinasi sejauh Pasar Seni.


“Perkhidmatan ini disediakan dari pukul 7 hingga 9 pagi dan pukul 5 hingga 7 petang (waktu puncak). Semoga sampai ke destinasi dengan cepat dan selamat,” jelasnya. 
 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Informasi
Menurut Prasarana, operasi waktu puncak pagi akan ditambah 30 minit iaitu bermula jam 6.30 pagi…
Informasi
"Serentak dengan pembukaan semula laluan antara kedua-dua stesen tersebut, kekerapan tren pada…
Berita Domestik
Selepas lebih setahun ditutup, kini perkhidmatan LRT laluan Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya…