Penumpang melompat keluar dari kapal terbang yang bergerak ditahan

oleh SALINA JALIL|
Seorang penumpang terpaksa dibawa ke hospital selepas melompat keluar daripada pesawat yang sedang bergerak di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles.


Menurut lapangan terbang itu dan SkyWest, pesawat United Express 5365 sedang berlepas dari pintu pagar pada jam 7 malam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketika itu, lelaki itu cuba memecah masuk ke ruangan kokpit, namun tidak berjaya sebelum dia membuka pintu lain dan melompat ke bawah laluan kecemasan di landasan. 

 

Lelaki itu berjaya ditahan polis dan mengalami beberapa kecederaan.

 

Kapal terbang yang sepatutnya berlepas ke bandar Salt Lake terpaksa berpatah semula ke pintu pelepasan akibat kejadian itu. 

 

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sedang menjalankan siasatan berhubung insiden gangguan kedua yang berlaku dalam tempoh dua hari di lapangan terbang itu. 

 

Khamis lalu, seorang pemandu merempuh pagar berantai di sebuah kemudahan kargo FedEx dan menuju ke lapangan terbang.

 

 

-AP/Utusan Malaysia