Penumpang remaja kelar pemandu e-hailing selepas enggan bayar tambang

oleh SALINA JALIL|
Pemandu e-hailing cedera di leher selepas dikelar dengan pisau lipat oleh seorang remaja perempuan yang enggan membayar tambang berjumlah RM400 dalam kejadian di Jalan Kovil Hilir, Sentul, di Kuala Lumpur.


Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis menerima laporan kejadian daripada lelaki berusia 63 tahun terbabit pada 2.55 pagi Rabu lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, berdasarkan siasatan mangsa mengambil penumpang iaitu remaja perempuan berusia 16 tahun di Sagil, Tangkak, Johor yang menggunakan satu aplikasi e-hailing.

"Sebaik tiba di destinasi di Jalan Kovil Hilir, mangsa meminta remaja itu membayar tambang yang dipersetujui berjumlah RM400.

"Namun remaja itu enggan membayar kerana tidak mempunyai wang dan mangsa membuat keputusan untuk menghantarnya ke balai polis.

 

"Takut akan tindakan mangsa itu, suspek bertindak mengelar leher mangsa menggunakan pisau lipat lalu melarikan diri. Suspek meninggalkan pisau di dalam kereta," katanya dalam kenyataan.

 

Beh berkata, mangsa yang cedera kemudian memandu ke Balai Polis Sentul meminta bantuan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

 

Bertindak atas laporan, katanya, polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan suspek di sebuah premis perniagaan di Jinjang, di sini, pada jam 4.55 petang semalam.

 

Beliau berkata, polis merampas telefon bimbit suspek dan semakan mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebat dan kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bagi pertuduhan di hadapan Hakim Dharmafikri Abu Adam, Muhammad Hafiz dan Syed Salim masing-masing…
Berita Domestik
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata pemandu e-…
Berita Domestik
Sumber berkata, setakat ini belum ada saman dikeluarkan terhadap pemandu e-hailing yang masih belum…