Penunggang basikal maut dilanggar treler selepas terjatuh langgar lubang

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang penunggang basikal warga Singapura dilaporkan maut selepas terperosok di bawah treler dalam insiden dekat Jalan Gunung Pulai di Kulai pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan yang membabitkan penunggang basikal dan treler jenis Hanvan itu jam 9.45 pagi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang basikal yang warga Singapura berusia 42 tahun itu sedang berbasikal dengan tiga lagi penunggang basikal, terlanggar lubang sebelum terjatuh di atas jalan raya.

"Pemandu treler iaitu lelaki warga tempatan berusia 41 tahun yang dalam perjalanan ke Singapura untuk menghantar batu tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa," katanya menerusi kenyataan media, pada Sabtu.

Akibat dari kemalangan itu, penunggang basikal parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Video kemalangan di bawah:

 

Bernama