Penunggang e-skuter mabuk didenda RM18,525

oleh SALINA JALIL|
Polis menahan lelaki berusia 37 tahun yang membawa skuter elektrik dalam keadaan mabuk di Hongcheon, wilayah Gangwon, Korea.

Lelaki itu mengeluarkan kata-kata kesat dan enggan menggunakan ujian pernafasan bagi mengesan kandungan alkohol.

Hakim Mahkamah Daerah Chuncheon, Cheong Moon-sik menjatuhkan hukuman denda RM18,525 terhadap lelaki itu mengikut Akta Pengangkutan Jalan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kes itu mula dibicarakan pada 15 Julai atas tuduhan gagal ujian alkohol dan polis melihat sendiri wajah tertuduh merah (mungkin disebabkan alkohol) dan lelaki itu berada dalam keadaan terhuyung-hayang ketika mengendalikan skuter itu.

 

Ketika polis menahannya, lelaki itu menjerit: "Ini skuter atau kereta? Jangan mengarut", katanya yang enggan mengambil ujian pernafasan.

 

Mahkamah dalam membuat keputusan berkata, tertuduh melakukan kesalahan lagi dan sebelum ini dia sudah mempunyai dua rekod jenayah memandu dalam keadaan mabuk.

 

Cheong berkata mahkamah masih menimbang bahawa skuter elektrik yang dipandu lelaki itu adalah milik peribadinya dan tidak terletak di bawah Akta Lalu Lintas

 

Menurutnya mahkamah masih mempertimbangkan bahawa e-skuter yang ditunggang lelaki itu di tempat kejadian adalah alat mobiliti peribadinya, yang tidak termasuk dalam hukuman di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya yang disemak semula yang berkuat kuasa pada 10 Disember.

 

Undang-undang disemak semula menetapkan mereka yang mempunyai lesen menunggang sahaja yang boleh mengendalikan skuter elektrik itu.

 

Sebelum ini undang-undang itu membenarkan mereka yang berusia 13 tahun dan ke atas dibenarkan membawa skuter itu dengan had kelajuan maksimum 25 kilometer sejam.

 

Bagaimanapun, undang-undang baharu itu hanya boleh diguna pakai selepas April 2021.

 

Peningkatan penggunaan skuter elektrik secara drastik menyebabkan undang-undang itu disemak semula bagi memastikan keselamatan di kalangan masyarakat.

 

Dalam kes di Wilayah Gyeonggi pada September lalu, sebanyak 380 skuter dirampas selepas dilihat diparkir secara haram.

 

 

TheKoreaHerald

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Serbuan oleh Jabatan Pelesenan dan Pasukan Risikan dan Operasi Jabatan Penguatkuasaan MBPP itu…
Berita Global
Tindakan mengejut yang diumumkan pada lewat Khamis itu mencetuskan kritikan daripada pendokong…
Berita Domestik
Memanfaatkan saiz e-skuter yang mudah diakses, lebih ramai rakyat Malaysia mula menggunakannya…