Penunggang Grab Food maut dihempap dahan pokok ketika ribut

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Polis Trafik Kuala Lumpur
Seorang penghantar makanan GrabFood, Syed Izzat Izzudin maut selepas dipercayai dihempap dahan pokok yang tumbang akibat ribut berhampiran Petronas Alam Damai, Cheras, di sini, petang semalam.


Mangsa telah diangkat oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian sebelum dibawa ke stesen minyak Petronas Alam Damai.


Mangsa berusia 20 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.


MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata kejadian berlaku pada kira-kira 4 petang semalam, ketika mangsa sedang dalam perjalanan dari Jalan Damai Jasa menghala ke Taman Len Seng, sebelum dahan dari sebatang pokok secara tiba-tiba jatuh dan menghempap mangsa.

 

Rentetan kejadian itu, polis meminta bantuan pihak bomba untuk memotong dahan pokok berkenaan bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawahnya.

 

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini.

 

Terdahulu tular video dan gambar mangsa dibawa oleh orang ramai dalam keadaan hujan lebat ke arah Petronas sebelum dibaringkan di perkarangan stesen minyak.

 

 

- keadaan cuaca sejak minggu ini tidak menentu dan hujan ribut di belah petang, mohon lebih berhati-hati kepada semua pengguna jalan raya. Salam takziah kepada keluarga arwah - 

 

 

 

Berita Harian