Penunggang motosikal mabuk dan berbogel cuba rempuh SJR ditahan

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki mabuk yang menunggang motosikal dalam keadaan bogel ditahan selepas cuba merempuh petugas sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Batu Kawa di Padawan, Sarawak semalam.


Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.38 pagi ketika anggota polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas di SJR berkenaan cuba menahan suspek.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Ketika diarahkan berhenti, suspek cuba melanggar anggota bertugas sehingga memaksa anggota terbabit menendang tayar depan motosikalnya sehingga suspek terjatuh," katanya dalam kenyataan, semalam.

 

Jaw Shyong berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek berusia 28 tahun itu dalam keadaan mabuk.

 

Katanya, suspek mengalami luka di tangan kanan akibat terjatuh dari motosikal dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan.

 

"Berdasarkan maklumat ahli keluarga, suspek mempunyai masalah mental namun polis menunggu laporan perubatan untuk tindakan selanjutnya," katanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Rang Undang-undang Rumah “House Bill” 393, pemandu mabuk yang disabitkan dengan pembunuhan…
Berita Domestik
  Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya dia gagal…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah berkata, semasa mangsa sedang…