Penunggang motosikal mabuk didenda RM10,000 dan sebulan penjara

oleh SALINA JALIL|
Seorang tukang gunting rambut dihukum penjara sebulan dan denda RM10,000, selain lesen memandu digantung selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan menunggang motosikal bawah pengaruh alkohol pada awal pagi tahun baharu 2021, Jumaat lalu.


Majistret Nabihah Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu ke atas S Jagaiyah, 41, yang mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman tambahan penjara sembilan bulan lagi jika gagal membayar denda yang dikenakan.

 

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menunggang motosikal dengan kandungan alkohol dalam darahnya didapati pada kadar 158 miligram (mg) alkohol dalam 100 mililiter (ml) darah, iaitu melebihi had 50mg/100ml yang ditetapkan.

 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Raja Dihilir, di Ipoh, pada jam 1 pagi Jumaat lalu.

 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun serta denda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM30,000, dan boleh dihukum bawah akta sama (pindaan 2020).

 

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Raya, Muhaimin Ab Kadir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Terdahulu, Muhaimin meminta tertuduh dijatuhi hukuman setimpal.

 

Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya meminta agar hukuman diringankan kerana berpendapatan rendah, selain perlu menjaga ibu yang sakit.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Rang Undang-undang Rumah “House Bill” 393, pemandu mabuk yang disabitkan dengan pembunuhan…
Berita Domestik
  Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya dia gagal…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah berkata, semasa mangsa sedang…