"Pemandu bas itu memaklumkan seorang lelaki yang menunggang motosikal tiba-tiba berhenti di hadapan bas. Suspek kemudian mengambil sebilah parang di dalam bakul motosikal lalu memecahkan cermin pintu bas di sebelah kiri pemandu dan cuba mencederakan mangsa sehingga berlaku pergelutan," katanya dalam kenyataan.
Katanya, pemandu bas itu dapat merampas parang manakala suspek terduduk di dalam bas. Pemandu luka di jari tangan dan pipi manakala kerosakan pada bas dianggarkan kira-kira RM1,000.
"Pemandu bas itu membawa suspek ke Balai Polis Port Dickson untuk diserahkan kepada polis," katanya.
Aidi Sham berkata, pemandu bas itu kemudian mendapatkan rawatan luar di Hospital Port Dickson.
"Suspek berusia 24 tahun dan semakan mendapati dia mempunyai satu rekod jenayah lampau manakala saringan air kencing negatif penggunaan dadah. Punca kejadian masih belum diketahui dan suspek berada di bawah pengaruh alkohol," katanya.
Beliau berkata, suspek direman empat hari bermula hari ini.