Penunggang motosikal maut digilis lori di plaza tol Penchala

oleh Mohamad Hanif|
Tindakan seorang penunggang tidak menggunakan laluan motosikal membawa padah apabila mangsa terjatuh lalu digilis sebuah lori di Tol Penchala, arah Kepong menghala Kota Damansara di sini pada Rabu.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu pada jam 7.22 petang.

"Siasatan awal mendapati mangsa, seorang lelaki tempatan yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dipercayai terlanggar tiang penghalang.

"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh ke bawah sebuah lori jenis Mitsubishi Fuso yang sedang bergerak selepas selesai membayar tol," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Fakhrudin berkata, mangsa yang berusia 21 tahun disahkan mati di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kematian.

"Saksi kejadian dimohon tampil ke balai berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa di talian 0193318339," ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Mangsa menaiki motosikal dari arah Tangkak dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan…
Berita Domestik
"Kita sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kes ini, bagi mereka yang ada rakaman kamera…