Penunggang motosikal maut dipanah petir

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Petang semalam bertempat di jalan Kampung Seri Cheeding di Banting, seorang penunggang motosikal maut akibat dipanah petir.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata mangsa, warga tempatan berusia 50 tahun, dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kilang di Bandar Mahkota, Banting ketika kejadian berlaku kira-kira jam 6.20 petang.

 

2

 

Beliau berkata ketika melalui Jambatan Rimbayu menuju ke Ladang Teh Seri Cheeding, mangsa dipanah petir dan terjatuh dari motosikalnya.

Orang ramai di tempat kejadian telah mengangkat mangsa ke tepi jalan dan menghubungi talian kecemasan, tetapi dia kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

 

3

 

Ahmad Ridhwan berkata, “Panah petir itu telah menebuk dua lubang di jalan dan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kanan leher serta lebam di perut dan paha akibat dipanah petir, selain kecederaan di dagu dan lutut apabila terjatuh dari motosikalnya,”

Bedah siasat mendapati punca kematian akibat dipanah petir, dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Sumber: Bernama