Penunggang motosikal maut kemalangan enam buah kenderaan

oleh Mohamad Hanif|

Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan enam kereta lain di Jalan Istana menghala ke Sungai Besi, di sini, malam ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur, dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 8.47 malam dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan Pudu yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mazuri Mat Zain dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Penunggang motosikal berusia 52 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala beberapa pemandu dan penumpang kereta mengalami kecederaan ringan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan manakala yang cedera diberi rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di lokasi,” menurut kenyataan itu.

Sumber: Frontdesk

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan Kosmo!, kejadian jam dua petang itu turut melibatkan lima kenderaan lain, dan…
Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asistem Komisioner Mohamad Farouk Eshak, "siasatan…
Berita Domestik
  "Akibat kemalangan berkenaan kenderaan berkenaan terbakar menyebabkan pemandu berusia 43 tahun…