Menurut Izzat, beliau dalam perjalanan menghantar pesanan makanan pada jam 11 pagi dan tidak menyedari lubang besar tersebut kerana tiada kon atau penghadang yang diletakkan di jalan terbabit.
Izzat mengalami kecederaan di kaki kerana gagal mengelak lalu melanggar tebing.
Beliau juga telah memaklumkan kepada pihak polis dan telah berpatah balik ke lokasi untuk meletakkan kon keselamatan.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka, Ir. Mohamed Salzeli Mokhtar turut berada di lokasi untuk membuat pemeriksaan keselamatan di laluan tersebut.
Lubang sepanjang 3.5 meter dengan lebar satu meter berlaku bukan disebabkan mendapan tanah, tetapi pembetung kekotak yang pecah dipercayai akibat kenderaan berat yang melalui kawasan tersebut.
Menurut beliau, laluan kontra dan mengehadkan muatan sehingga 10 tan telah dibuka. Untuk pelan jangka masa panjang pula, satu permohonan peruntukan telah dibuat kepada Ibu Pejabat JKR untuk membolehkan kerja-kerja pembinaan kekal dilakukan.
Kemunculan lubang itu turut tular di media sosial yang mendakwa lubang itu berpunca daripada tanah mendap atau ‘sinkhole’ di kawasan tambak berusia lebih 40 tahun itu.
Bacaan sepenuhnya di Kosmo