Penurunan kadar tol AKLEH, GCE, LKSA, SILK 20 Oktober ini, LEKAS & BESRAYA tahun depan

oleh Mohamad Hanif|
Kadar tol bagi empat buah lebuh raya di bawah kendalian PROLINTAS dijangka turun dalam masa terdekat.

Berdasarkan siaran media oleh Kementerian Kerja Raya, Jemaah Menteri turut bersetuju dengan cadangan pengumuman awal pengurangan kadar tol bagi empat lebuh raya kendalian PROLINTAS, iaitu Lebuhraya Bertingkat Ampang-KL (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) bermula 20 Oktober ini.
 

GCE


Pengurangan kadar tol bagi Lebuhraya LEKAS dan BESRAYA di bawah kumpulan IJM Corporation Berhad akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2023.

Kerajaan juga telah bersetuju dengan Cadangan  Pelebaran Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dari Plaza Tol Gombak ke Plaza Tol Bentong bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas ke Pantai Timur.

Kerja-kerja tebatan banjir di Lebuhraya LPT1 juga akan dilaksanakan susulan banjir yang kerap berlaku di kawasan tersebut.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perlu Lihat Kesan Sebenar Di Lapangan Menurut Anthony, antara aspek utama yang perlu…
Informasi
Sekiranya anda faham logiknya, nama-nama ini tak lagi kelihatan rawak, malah boleh membantu…
Berita Domestik
Di Lebuhraya PLUS arah Selatan, aliran trafik dilaporkan perlahan di beberapa kawasan termasuk…