Penutupan jalan sekitar Kuala Lumpur sempena Thaipusam

oleh SALINA JALIL|
Beberapa jalan di sekitar ibu negara akan ditutup secara berperingkat selama lima hari bermula hari ini, sempena sambutan Thaipusam.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata peserta perarakan pedati perak (‘silver chariot’) membawa arca Dewa Murugan akan berarak dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H S Lee, di sini, bermula jam 10 malam ini dan dijangka tiba di Batu Caves, jam 3 petang Jumaat ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

“Perarakan itu akan melalui Jalan Tun H S Lee, Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Leboh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Raja Laut, Jalan Ipoh, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh, Jalan Ipoh Batu 5 dan Batu Caves.

 

"Perarakan kembali dari Batu Caves pula bermula pada jam 4 petang Ahad ini dijangka tiba di kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H S Lee pada jam 5 pagi keesokannya.

 

"Laluan perarakan balik melalui Kuil Sri Subramaniar Batu Caves, Jalan Ipoh Batu 5, Jalan Ipoh, Jalan Perhentian, Jalan Tun Razak, Jalan Ipoh, Jalan Raja Laut, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Leboh Ampang, Jalan Tun Perak, Jalan Sultan, Jalan Hang Kasturi, Jalan Hang Lekir dan Kuil Sri Maha Mariamman Tun H S Lee," katanya dalam satu kenyataan.

 

Sehubungan itu, Zulkefly menasihatkan pengguna jalan raya supaya menggunakan laluan alternatif dalam tempoh berkenaan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

 

 

Sumber: BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed…
Informasi
  "Perkhidmatan KTM Komuter tambahan ini akan bermula seawal 10 malam pada 4 Feb dari stesen…
Informasi
  Katanya, bagaimanapun polis menyediakan jalan alternatif bagi mengawal lalu lintas perarakan…