Berikut adalah cawangan PUSPAKOM yang ditutup sementara mulai 20 Disember 2021:
SELANGOR |
PAHANG |
PUSPAKOM Shah Alam |
PUSPAKOM Raub |
PUSPAKOM Glenmarie |
PUSPAKOM Pekan |
PUSPAKOM Padang Jawa |
|
Bagi pelanggan yang telah membuat temujanji pemeriksaan di cawangan tersebut, bayaran temujanji akan dipulangkan secara automatik dalam tempoh 30 hari dan pelanggan diminta untuk mengabaikan Peringatan Temujanji MyPUSPAKOM jika ada menerimanya.
Sementara itu, pelanggan yang telah membuat temujanji namun tidak dapat hadir pemeriksaan akibat terjejas dengan banjir boleh memohon pemulangan bayar balik dengan menghantar emel ke [email protected]
Sebagai alternatif, pelanggan yang terjejas akibat penutupan ini boleh hadir ke cawangan berdekatan secara walk-in dengan membawa slip temujanji cawangan yang terlibat dengan penutupan sebagai bukti temujanji.
Pengoperasian semula cawangan-cawangan ini akan dimaklumkan kelak. Orang ramai boleh mengikuti Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd atau melayari www.puspakom.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung operasi PUSPAKOM dari semasa ke semasa