Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Pertunjukan TUDM Sambutan Hari Kebangsaan 2018

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2018 yang akan diadakan pada 31 Ogos 2018 di Putrajaya, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan mengadakan pertunjukan udara sebagai sebahagian daripada acara sambutan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sehubungan dengan itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan melakukan penutupan sementara ruang udara sekitar KLIA dan KLIA2 berkuatkuasa 27-31 Ogos 2018 bermula jam 9.00 pagi sehingga 10.30 pagi bagi tujuan latihan dan persembahan. 

Penutupan sementara ruang udara tersebut dijangka akan melibatkan penjadualan semula waktu penerbangan seperti berikut:

 


Oleh itu, orang ramai diminta untuk mengambil perhatian dan menghubungi syarikat penerbangan untuk merujuk perubahan jadual penerbangan terkini dalam tempoh masa yang diberikan bagi mengelakkan sebarang kesulitan. 

Orang ramai juga dialu-alukan untuk bersama-sama meraikan sambutan Bulan Kebangsaan 2018 dengan memeriahkan acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2018 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2018 bermula jam 7.00 pagi. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Filem pendek berdurasi 90 saat yang bertajuk ‘Generasi Tukar’ (Tukar Generation) itu telah…
Berita Domestik
Stesen yang terlibat adalah seperti berikut: • LRT Laluan Kelana Jaya - Pasar Seni, Masjid Jamek,…
Berita Domestik
  "Kita harap ramai kalangan OKU menggunakan keistimewaan ini bersiar-siar di ibu negara menaiki…