Peraduan “Buy Honda Win Kaw Kaw!”, peluang menangi hadiah bernilai RM999,999

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bermula 1 Februari hingga 31 Mac 2023, Boon Siew Honda telah mengadakan peraduan “Buy Honda Win Kaw Kaw!” yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Peraduan itu terbuka kepada pembeli motosikal Honda baharu dengan kapasiti enjin 160 cc dan ke bawah

 

2

 

Peserta yang menyertai berpeluang untuk memenangi hadiah utama seperti Honda CBR250RR, Honda Forza, Honda CBR150R, Honda ADV160 dan banyak lagi hadiah yang bernilai sehingga RM999,999.

Mereka yang layak dan berminat bagi menyertai peraduan tersebut hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah seperti berikut:

1) Ambil gambar motosikal Honda baharu anda dengan cara paling kreatif dan hantarkan ke akaun Facebook atau IG anda

2) Pada caption hantaran, letakkan hashtag #BuyHondaWinKawKaw dan tag @Honda Motorcycle Malaysia

3) Masukkan maklumat anda di Google Form seperti berikut:

  • Nama penuh mengikut NRIC
  • Nombor NRIC
  • Nombor telefon
  • Alamat surat-menyurat
  • Nombor pendaftaran motor
  • Pautan hantaran Facebook atau IG

 

3

 

Pengumuman pemenang dengan gambar paling kreatif peraduan tersebut akan diumumkan pada 13 Mac hingga 17 April 2023 di laman Facebook Honda Motorcycle Malaysia.

Untuk sebarang maklumat serta terma dan syarat untuk peraduan “Buy Honda Win Kaw Kaw!”, anda boleh layari laman sesawang Boon Siew Honda.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ramai sedia maklum dengan isu yang dihadapi oleh model RS-X pada awal pelancarannya, dikatakan…
Model Terbaharu
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah seluruh negara bermula 24 November 2023…
Model Terbaharu
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah dan terpilih seluruh negara bermula 24…