Peraduan "Dear Malaysia 2021" - tempah Proton baharu, dapat hadiah bernilai sehingga RM75,000!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Proton menganjurkan peraduan "Dear Malaysia" yang menawarkan hadiah bulanan khusus untuk para pelanggannya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Peraduan ini boleh disertai dengan hanya menempah mana-mana model Proton baharu (Saga, Persona, Iriz dan Exora) menerusi laman web Proton, dan pendaftaran harus dibuat sebelum 31 Oktober ini.

Pemenang akan dipilih setiap bulan (Ogos-Oktober) untuk menerima baucer tambah nilai eDompet Touch 'n Go bernilai sehingga RM75,000, di mana pemenang pertama mendapat RM1,500, diikuti oleh pemenang kedua (RM1,000 x 2) dan pemenang tempat ketiga (RM500 x 3).

Sebanyak 100 pemenang hadiah saguhati pula akan mendapat tambah nilai RM200.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web rasmi Proton di https://www.proton.com/ atau laman Facebook Proton Cars di https://www.facebook.com/ProtonCarsOfficial.