Peraduan Jom Bantu Petron - lebih 300 pemenang bawa pulang hadiah bernilai RM240,000

oleh Mohamad Hanif|
Seramai 330 pelanggan bertuah telah membawa pulang hadiah utama yang terdiri daripada wang tunai, baucar barangan runcit dan mata ganjaran Petron Miles yang mencecah RM240,000 secara keseluruhannya dalam peraduan Jom Bantu anjuran Petron yang berakhir baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Peraduan ini yang bermula dari Julai hingga September telah memberi ganjaran kepada 30 orang pemenang hadiah utama dan setiap pemenang telah menerima hadiah wang tunai bernilai RM2,000, baucar barangan runcit bernilai RM2,000 dan mata ganjaran Petron Miles bernilai RM1,000.

En. Iyon Malek, salah seorang pemenang hadiah utama pada bulan Julai berasa gembira kerana telah memenangi peraduan ini.

“Terima kasih kepada Petron kerana telah memberi saya kesempatan untuk menjadi pemenang hadiah utama dalam peraduan Jom Bantu! Saya memilih minyak Petron kerana ia memberikan tambahan jumlah kilometer dalam perjalanan saya,” katanya pada majlis penyampaian hadiah di Stesen Servis Petron Taman Muda, Selangor.

Ho Mui Ling, pemenang hadiah utama dari Sabah pada bulan Ogos berkata, "Saya sangat menghargai usaha Petron kerana telah menganjurkan peraduan yang dapat membantu rakyat menghadapi keadaan yang sukar ini. Terima kasih Petron kerana telah memberi saya peluang untuk menjadi pemenang hadiah utama. Saya akan terus menyokong Petron."

Seorang lagi pemenang hadiah utama turut berasa teruja ketika beliau diberitahu beliau telah memenangi hadiah utama Jom Bantu pada bulan September. Puan Rahimah Mamat dari Negeri Sembilan berkata, “Terima kasih Petron atas inisiatif hebat ini. Saya berharap Petron akan terus berkembang pada masa akan datang."

Selain daripada pemenang utama, 300 lagi ahli kad Petron Miles yang lain juga telah memenangi mata ganjaran Petron Miles bernilai RM300 sebagai hadiah saguhati.

Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy berkata, "Kami gembira kerana dapat menjadi sebahagian daripada kehidupan pelanggan kami melalui peraduan yang telah menawarkan banyak hadiah menarik kepada mereka. Kami mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan berharap kami telah berjaya membantu menceriakan hari-hari mereka dalam tempoh mengharungi kesukaran wabak ini. ”

Peraduan “Jom Bantu” telah berlangsung selama tiga bulan dari 1 Julai hingga 30 September 2020. Pelanggan memperoleh penyertaan secara automatik melalui setiap pembelian bahan bakar kumulatif RM50 menggunakan Kad Petron Miles mereka. Pemenang dipilih setiap bulan dan telah diumumkan melalui laman media sosial Petron Malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Peraduan yang akan berlangsung sehingga Disember 2023 ini terbuka kepada penyertaan umum di mana…
Berita Domestik
Peraduan itu terbuka kepada pembeli motosikal Honda baharu dengan kapasiti enjin 160 cc dan ke…
Berita Domestik
Antara hadiah utama yang ditawarkan berupa pakej percutian tempatan dan percuma bahan api untuk…