Peraduan Proton x Huawei "Together. Light Up the Moments" tawar hadiah berupa Proton Iriz 1.6L Premium!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan sambutan Tahun Baru China, Proton dengan kerjasama Huawei menganjurkan peraduan "Together. Light Up The Moments" yang menawarkan peluang memenangi sebuah Proton Iriz 1.6L Premium sebagai hadiah utama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Peraduan ini bermula pada 11 Februari sehingga 30 April 2021, dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang memiliki identiti pengenalan yang sah (MyKad), serta lesen memandu Malaysia (kelas D).

Untuk layak menyertai peraduan ini, anda hanya perlu:

1. Membuat tempahan model-model Proton (Persona, Iriz, Exora atau Saga) daripada mana-mana pengedar sah Proton bermula 11 Februari - 30 April 2021, dan mendaftarkan kenderaan sebelum 31 Mei 2021, ATAU

2. Membuat pembelian peranti berjenama Huawei dari Huawei Brand Store atau Huawei Operating Store yang mengambil bahagian bermula dari 11 Februari - 30 April 2021

 

 


Untuk menghantar penyertaan:

1. Tangkap gambar dan buat hantaran dalam bentuk yang paling kreatif berkenaan kereta Proton yang ditempah, atau peranti Huawei yang dibeli menerusi akaun Facebook atau Instagram
2. Tambah tanda pagar #PROTONHUAWEITOGETHERLIGHTUPTHEMOMENTS, #HUAWEI, dan #HIPROTON.
3. Lengkapkan ayat berikut: "I like Proton Cars because..." atau "I like Huawei because..." dan tambahkan ke dalam hantaran anda.
4. Pastikan akaun FB atau IG ditetapkan sebagai umum.
5. Pergi ke lawan web www.protonhuaweitogetherlightupthemoments.com, jawab soalan mudah dan masukkan butiran peribadi.
6. Muatnaik gambar bukti tempahan kereta Proton atau pembelian peranti Huawei ke dalam laman web
7. Akhir sekali, sertakan pautan hantaran FB atau IG anda.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…