Peraduan tol percuma selama setahun untuk pengguna Touch 'n Go RFID

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari laman web Touch 'n Go
Pengguna Touch ‘n Go RFID berpeluang memenangi tol percuma selama setahun anjuran Kumpulan Touch ‘n Go.


Peraduan ini berlangsung dari 10 September hingga 18 November itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang menggunakan kenderaan milik persendirian Kelas 1.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pengguna hanya perlu membeli dan mengaktifkan Touch ‘n Go RFID mereka dan menggunakannya minimum lima kali untuk pembayaran tol dalam tempoh peraduan untuk melayakkan diri bertanding memenangi tol percuma.

 

Ujarnya, sebanyak lapan pemenang akan dipilih setiap dua minggu menjadikan pemenang keseluruhan seramai 40 orang.

 

Pada masa ini, terdapat lebih daripada dua juta pengguna Touch ‘n Go RFID yang aktif dan bilangannya berkembang pesat.

 

Selain membayar tol, Touch ‘n Go RFID juga boleh digunakan untuk membayar petrol di stesen minyak Shell terpilih di seluruh negara.

 

Pengisian bahan api RFID Touch ‘n Go kini tersedia pada 100 stesen Shell di seluruh negara dan dijangka meningkat kepada 450 stesen Shell dalam tempoh dua tahun akan datang.

 

Tag RFID Touch ‘n Go boleh dibeli di Pusat perkhidmatan Touch ‘n Go Nu Sentral dan Bangsar, pusat kelengkapan RFID yang ditetapkan, dan di stesen minyak terpilih.

 

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini mengenai Peraduan Tol Percuma, layari www.touchngo.com.my.

Berita Berkenaan

Informasi
"Kedua-dua lorong manual RFID itu boleh dilalui pada waktu puncak pada hari Isnin hingga Jumaat…
Berita Domestik
Dengan pelaksanaan MLFF kelak, beliau berkata, pengguna tidak lagi perlu memberhentikan atau…
Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, pembuktian konsep bagi sistem MLFF di Lebuh Raya Sungai Besi itu akan…