Peraduan 'Win the Icon' Volkswagen, cuma pandu uji dan menang sebuah Beetle!

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan menghadiahkan sebuah Beetle serba baharu menerusi peraduan Instagram “Win the Icon” yang telah bermula dari 1 Oktober sehingga 30 November 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Peraduan yang  berdasarkan tagline Volkswagen, ‘Better experienced than explained’.

 

Untuk menyertainya, anda hanya perlu memandu uji sebuah model Volkswagen di mana-mana pengedar sah, rakamkan pengalaman itu ke dalam satu video berdurasi seminit dan letakkan keterangan video yang paling kreatif.  

 

Peraduan “Win the Icon” terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang memiliki lesen memandu sah. Mereka yang berminat boleh mengikuti langkah-langkah mudah seperti di bawah: 

 

Langkah 1: Pandu uji mana-mana model Volkswagen di pengedar sah 


Langkah 2: Rakam satu klip video berdurasi seminit tentang pengalaman anda dan muat naik ke Instagram

 
Langkah 3: Lengkapkan slogan “Kisah #BetterExperiencedThanExplained saya ialah…”


Langkah 4: Ikuti dan tag @VolkswagenMalaysia di dalam hantaran tersebut 


*Sila pastikan profil Instagram anda boleh diakses oleh orang ramai 

 

Pemenang bertuah akan diumumkan pada bulan Disember nanti dan bakal memandu pulang sebuah Volkswagen Beetle 1.2TSI baharu. 

 

 

Beetle, yang berjaya memenangi beberapa anugerah dan berjaya mencuri hati sepanjang 80 tahun ia dikeluarkan. Ia telah direka  oleh Ferdinand Porsche pada tahun 1938, kini lebih 21.3 juta unit Beetle telah terjual di seluruh dunia, sekali gus menjadikannya salah sebuah kereta terlaris dalam abad ke-20.   Selepas tiga generasi, Volkswagen telah menamatkan produksi Beetle pada Julai tahun ini. 

 

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my 
 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…