Perak sedia 7 tempat Rehat & Rawat Rider Makanan

oleh Hamimah Hamid|
TUJUH tempat Rehat dan Rawat Rider (3R) dibina di lokasi-lokasi terpilih khusus untuk kemudahan hampir 2,000 penghantar makanan di Ipoh.

Lokasi tersebut ialah di pusat bandar berhadapan Ipoh Parade, Meru Raya (berhadapan McDonalds Meru Raya), Jelapang (berhadapan Old Town White Coffee Pusat Komersial Jelapang) dan Tasek (berhadapan Pizza Hut & KFC Pusat Perdagangan Tasek).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kawasan lain iaitu di Ipoh Garden di kawasan lapang berhampiran Tesco Ipoh Garden, Medan Gopeng (berhadapan McDonalds dan StarBucks Coffee) dan Station 18 (kawasan lapang tempat letak kereta berhampiran Tesco).

Exco Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, kemudahan itu dilengkapi ruang rehat, tempat solat, tandas dan wifi percuma.

“MBI mengambil inisiatif membina tujuh buah tempat berteduh 3R dengan peruntukan hampir RM500,000 agar penghantar makanan boleh berkumpul, berehat, berkumpul berbincang, mesyuarat kecil serta solat di situ.

“Ini juga adalah antara cara memberi penghargaan kepada penghantar makanan kerana mereka juga sebahagian daripada barisan hadapan,” katanya selepas merasmikan 3R bersebelahan bangunan MBI, hari ini.

Nolee Ashilin berkata, daripada tujuh lokasi 3R, empat sudah siap iaitu Pusat Bandar, Meru Raya, Jelapang dan Medan Gopeng, manakala tiga lagi masih dalam pembinaan iaitu Station 18, Klebang dan Taman Ipoh yang dijangka siap akhir bulan ini.

nolie menunjuk kemudahan yg ada di 3R

Beliau berkata, pembinaan tempat 3R itu juga menjadikan Bandaraya Ipoh (MBI) sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di negara ini yang menyediakan tempat rehat untuk penghantar makanan.

Katanya, pihaknya akan melihat kepada keperluan PBT mengikut lokasi berikutan jumlah rider di daerah lain tidaklah seramai yang berada di bandar raya Ipoh.

“Pembukaan ini sekali gus menjadikan MBI PBT pertama yang mengadakan kemudahan ini di dalam negara, kita berbangga atas inisiatif dan mengharapkan ia akan dapat memberikan kemudahan yang diperlukan rider untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat.

“Justeru, kita akan melihat secara berperingkat dan akan membawa kepada perhatian kerajaan negeri dalam masa terdekat,” katanya.

grup foto

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut satu kenyataan, syarikat yang berpangkalan di Berlin itu merancang untuk menjual…
Berita Domestik
Tertuduh Mohamad Hairul Hasraf Seeni Abdul Cader, 22; Morrisson Malvin Mada, 19; Shaikh Al Amin…
Berita Domestik
Susulan itu, kejadian terbabit yang berlaku kira-kira jam 9 pagi berhampiran Balai Polis Tambun…