Perak tidak terjejas keputusan Tesla batal bina kilang

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Persediaan bagi negeri Perak dalam menerima pelaburan asing tidak terjejas dengan keputusan Tesla Inc untuk membatalkan pembinaan kilang di Thailand dan menilai semula rancangan pelebaran perniagaan mereka di Asia Tenggara, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Saarani berkata, ia susulan negeri Perak langsung tidak terbabit dengan rancangan sebarang projek pembinaan kilang oleh gergasi industri kenderaan elektrik (EV) itu.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Kata Saarani, pelaburan sedia ada di Perak seperti oleh Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Proton City, Tanjung Malim diteruskan seperti biasa.

"Saya difahamkan (rancangan pelaburan) Tesla sepatutnya di Kedah, kita Perak tak terbabit dengan rancangan untuk pembinaan kilang Tesla.

"Kita hanya (dapat) pelaburan daripada Geely di AHTV Tanjung Malim, jadi yang mengenai Tesla ini saya ingat kami (Perak) tidak terjejas," katanya kepada pemberita selepas Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di Kuala Kangsar, pada Isnin.

Media sebelum ini melaporkan Tesla membatalkan rancangan membangunkan kilang di Malaysia, Thailand serta Indonesia dengan keputusan itu susulan penilaian semula rancangan pelebaran perniagaan Tesla di Asia Tenggara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dilaporkan berkata, perkara itu adalah disebabkan syarikat Elon Musk itu sedang mengalami kerugian yang besar, dan tidak mampu bersaing dengan industri kenderaan elektrik (EV) dari China.

Dalam perkembangan berkaitan, Saarani berkata suatu mesyuarat akan diadakan pada September ini antara kerajaan negeri bersama Geely bagi meluluskan rangka pelan induk daripada pihak Geely yang akan membuat pelaburan RM40 bilion di AHTV bagi memuktamadkannya.

Katanya, pelaburan mega lain seperti bagi projek Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) di Lumut; pengeluaran dan pemprosesan bahan mineral berasaskan kuarza dan silika di kawasan Silver Valley Technology Park (SVTP) di Kanthan; serta projek kilang penghasilan produk hiliran unsur nadir bumi (REE) oleh syarikat dari Korea Selatan setakat ini berjalan lancar.

"Geely sudah hantar rangka pelan induk untuk pembangunan mereka di AHTV dan bulan September ini kita ada satu mesyuarat bagi meluluskan 'layout' (rangka) terbabit. Yang lain seperti RM72 bilion pelaburan bagi LuMIC, syarikat silikon juga daripda China di SVTP, dan daripada Korea untuk kilang penghasilan magnet super (produk hiliran REE)," katanya.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
  “ALHAJ Automotive akan memanfaatkan pengedar sedia ada di seluruh negara itu untuk mula menjual…