Peralatan bengkel disita, harta pemilik bengkel bakal dilelong akibat tidak bayar cukai

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada operasi tunggakan cukai taksiran Jumaat lalu, pemilik sebuah bengkel motosikal di pusat komersial Ampang Waterfront berdepan risiko hartanya dilelong selepas gagal membayar cukai taksiran melebihi dua penggal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Sinar Harian, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata bahawa pemilik tersebut didapati gagal menjelaskan tunggakan selepas Notis E tamat.

Kegagalan menjelaskan tunggakan cukai itu menyebabkan 30 tayar motosikal serta peralatan membaiki motosikal bernilai RM10,096 di bengkel tersebut telah disita.

Beliau berkata, "Pemilik diberikan tempoh selama tujuh hari bagi tuntutan semula barangan yang disita sebelum lelongan awam dilaksanakan."

"Tindakan sitaan yang dijalankan adalah selaras dengan keperluan Seksyen 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) susulan kegagalan pemilik yang menjelaskan tunggakan cukai taksiran yang tertunggak setelah tempoh Notis E selama 15 hari tamat."

Operasi yang dilakukan pada Jumaat itu melibatkan 8 premis termasuk bengkel motosikal berkenaan diperiksa membabitkan tunggakan keseluruhan bernilai RM55,211.

Menurut beliau, tindakan itu diharap dapat mengurangkan jumlah pemilik hutang tegar dan memastikan pemilik harta lebih bertanggungjawab dalam menjelaskan cukai taksiran MPAJ mengikut tempoh yang ditetapkan.

Mohd Fauzi turut memberitahu bahawa pemilik atau pemegang harta yang tidak mampu menjelaskan keseluruhan tunggakan cukai taksiran boleh hadir ke Menara MPAJ untuk rundingan bayaran secara ansuran.

Menurutnya juga, operasi yang menumpukan kepada premis mempunyai tunggakan cukai taksiran melebihi dua penggal dan tunggakan melebihi RM1,000 itu akan dilaksanakan sehingga Jun depan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini, bengkel motosikal milik bumiputera yang boleh dikatakan terkenal dikalangan pengguna…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, operasi itu bertujuan…
Berita Domestik
Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, tokan dadah yang juga mekanik berusia 31 tahun bersama…