Perancah besi LRT3 runtuh: Empat cedera, seorang tertimbus

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan lima mangsa terbabit dalam runtuhan perancah besi struktur pembinaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) 3 berhampiran Hotel Premiere Bukit Tinggi, di Klang hari ini.


Pengarahnya, Norazam Khamis berkata, daripada lima mangsa yang juga pekerja asing warga Bangladesh, empat mangsa sudah diselamatkan dan hanya mengalami cedera ringan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Beliau berkata, pihaknya sedang giat menjalankan operasi mengeluarkan seorang lagi mangsa yang dipercayai tertimbus dan runtuhan berkenaan.

 

"Kita menerima panggilan pada jam 2.41 petang dan tiba di lokasi 2.58 petang.

 

"Setakat ini, empat mangsa berjaya dikeluarkan dan seorang mangsa masih tertimbus oleh runtuhan besi dan pihak bomba masih dalam operasi mengeluarkan mangsa.

 

"Sebarang perkembangan terkini berhubung kejadian akan dimaklumkan dari masa ke semasa," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarahnya, Norazam Khamis berkata, daripada lima mangsa yang juga pekerja asing warga Bangladesh…