Perancis bakal perkenal cukai CO2 RM245 ribu maksimum - geng supercar panas!

oleh Mohamad Hanif|
Berita kurang enak timbul dari negara Perancis, di mana pihak berkuasa kini sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan penalti baharu terhadap kenderaan yang mencemarkan alam sekitar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Bloomberg, satu draf undang-undang sedang dibuat bagi mengenakan penalti berganda kepada para pemilik kenderaan berdasarkan kadar emisi CO2, di mana mereka boleh dikenakan bayaran setinggi €50,000 (RM245 ribu) menjelang tahun 2022.

Di bawah pelan baharu tersebut, kenderaan yang melepaskan lebih daripada 225 gram CO2 per kilometer akan dikenakan cukai maksimum bernilai €40,000 (RM195,879) pada tahun hadapan, meningkat kepada €50,000 (RM244,848) pada tahun berikutnya.

 


Kutipan tersebut tidak akan melebihi separuh daripada nilai pembelian kenderaan yang terlibat.

Namun, laporan Bloomberg menjelaskan kenderaan seperti Lamborghini Urus, Aventador, Porsche 718 Spyder, Porsche 911, Rolls-Royce Ghost, Rolls-Royce Cullinan, Bentley Flying Spur, pelbagai model AMG dan Mercedes-Benz G-Class, Ferrari Portofino dan Ferrari 812 berkemungkinan besar akan dikenakan penalti maksimum (€50,000).

Ketika mengulas berkenaan laporan tersebut, penganalisa JATO Dynamics Felipe Munoz berkata, "pengenalan penalti ini semestinya memberikan kesan kepada para pemilik supercar, kenderaan mewah, serta kenderaan yang diimport.

Undang-undang baharu Perancis ini masih lagi memerlukan pendengaran di Parlimen, namun jika benar ia diluluskan, ia akan menambah tekanan kepada industri automotif yang ketika ini sudah pun mula terasa beban akibat pelan European Union (2030 Climate Target Plan) yang menyeru industri supaya mengurangkan emisi CO2 sebanyak 55 peratus.

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat-syarikat yang memenuhi syarat tersebut akan layak untuk mengimport EV yang berharga US$35,…
Berita Domestik
Beliau berpandangan bahawa rasionalisasi subsidi bahan api dan kenaikan cukai perkhidmatan…
Berita Domestik
Beliau turut menafikan dakwaan beberapa cukai baharu akan diperkenal tahun ini, yang juga tular…