"Jika kita mahu menjadi masyarakat yang menghasilkan gas rumah hijau yang rendah, kita perlu bahan seperti lithium," ujarnya.
EV ialah ciri paling penting untuk Kesatuan Eropah menurunkan penghasilan karbon mereka dan ia cuba untuk mengurangkan bekalan bateri dari Asia menerusi projek-projek dengan syarikat automotif Eropah dan pakar-pakar bateri.
Namun begitu, hampir kesemua mineral penting datang dari luar Eropah, dengan China mengawal hampir kesemua bekalan global. Les Echos melaporkan bahawa Perancis sudah mengesan deposit lithium di kawasan timur wilayah Alsace di sana.
"Jika kita benar ada bekalan lithium di sini, kita perlu melombongnya dengan bertanggung jawab," tegas Pompili.
* Berita penuh di Automotive News Europe