Perancis larang penerbangan jarak dekat, saran pengguna naik kereta api

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Undang-undang larangan terhadap perjalanan penerbangan domestik singkat dalam dua setengah jam menaiki kereta api telah diluluskan di Perancis pada Selasa.


Memetik CNN, Menteri pengangkutan Perancis, Clement Beaune memaklumkan beliau menyambut baik keputusan ini .
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

"Ini adalah langkah penting dan simbol yang kuat dalam dasar pengurangan pelepasan gas rumah hijau.

"Ketika kita berjuang tanpa henti untuk mengurangkan karbon dalam gaya hidup, bagaimana kita boleh membenarkan perjalanan kapal terbang antara bandar-bandar besar yang boleh dihubungkan melalui kereta api yang kerap, cepat, dan cekap," tambahnya Beaune dalam satu kenyataan.

Hanya tiga laluan yang telah dihentikan operasi yang menghubungkan lapangan terbang Paris-Orly dengan bandar-bandar Bordeaux, Nantes, dan Lyon manakala penerbangan bersambung tidak akan terjejas.

Untuk larangan ini berkuat kuasa, Kesatuan Eropah (EU) menegaskan bahawa laluan udara yang terlibat disaran mempunyai alternatif kereta api berkelajuan tinggi.

Dalam pada itu, EU mencadangkan operasi kereta api dapat beroperasi bermula awal pagi dan lewat malam bagi membolehkan pelawat menghabiskan sekurang-kurangnya lapan jam di destinasi tersebut.

 

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan The Guardian, inisiatif tersebut telah pun diluluskan oleh Ahli Majlis Perbandaran…
Berita Global
Cadangan itu diluluskan pada mesyuarat Majlis Pemerolehan Pertahanan (DAC) yang dipengerusikan oleh…
Berita Global
  Penggera berbunyi dan memaksa orang ramai meninggalkan kereta api ke terowong perkhidmatan…