Perang Ukraine, ŠKODA pindah sebahagian pengeluaran abah-abah kabel ke merata negara

oleh Muhammad Md Tajudin|
ŠKODA Enyaq iV
ŠKODA Enyaq iV
Umum mengetahui sekarang ini berlaku peperangan di Ukraine dan susulan itu terdapat pelbagai industri yang terjejas.

Krisis tersebut walaupun berlaku jauh di Eropah tetap terasa sehingga ke negara kita.

Di antara industri yang terjejas ialah pembuatan kenderaan. ŠKODA AUTO contohnya memindahkan sebahagian pengeluaran abah-abah kabel ke Republik Czech.

Syarikat juga berjaya mendapatkan tambahan kapasiti pengeluaran di Maghribi dan negara lain.

Pemindahan itu dibuat untuk melindungi syarikat daripada masalah pembekalan pada masa depan dan membolehkan kadar pengeluaran semasa ditingkatkan jika perlu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apa yang berlaku sebenarnya?

 

ŠKODA Enyaq iV

 

Disebabkan jerutan pembekalan (bottleneck) yang berpunca dari isu berkaitan perang, ŠKODA AUTO kekurangan abah-abah (harness) kabel dan terpaksa menggantung pengeluaran model elektrik ENYAQ iV selama lapan minggu!

Pengeluaran perlu dimulakan secepat mungkin dan ŠKODA AUTO bersama pembekal dengan pantas mencari alternatif di kilang lain di Eropah dan Afrika Utara.

ŠKODA AUTO dan PEKM Kabeltechnik akhirnya berjaya memindahkan sebahagian pengeluaran abah-abah kabel dari Ukraine ke Mladá Boleslav dalam tempoh lima minggu selepas perang bermula.

 

ŠKODA Enyaq iV

 

PEKM memasang perkakasan pengeluaran di dewan pemasangan yang disediakan oleh ŠKODA AUTO dan pengeluaran mula dipertingkatkan sejak awal bulan April.

Kemudahan pengeluaran itu mempunyai 35 kakitangan wanita dari kilang Lviv di Ukraine dan sekarang ini melatih pekerja baharu.

Abah-abah untuk kabel model OCTAVIA, KODIAQ, KAROQ dan SUPERB pula akan dimulakan beberapa minggu lagi di ibu pejabat ŠKODA AUTO.

Kerja belum selesai

 

ŠKODA Enyaq iV

 

Sebagai persediaan sekiranya berlaku jerutan pembekalan pada masa akan datang ŠKODA AUTO telah berjaya mendapatkan kapasiti tambahan dari syarikat Kromberg & Schubert di Maghribi.

Kromberg & Schubert juga telah meningkatkan jumlah pengeluaran abah-abah kabel di kilangnya di Zhytomyr, Ukraine (bukan semua tempat di Ukraine terjejas).

Bagi pemintaan abah-abah kabel untuk pengeluaran ENYAQ iV pada masa depan, ŠKODA AUTO akan mendapatkannya dari kilang di Zhytomyr dan Kenitra, Maghribi. 

 

ŠKODA Octavia

 

Abah-abah kabel untuk OCTAVIA dan SUPERB juga akan dikeluarkan di Maghribi di kilang yang terletak di Tangier.

Selain itu, ŠKODA AUTO juga sedang merancang alternatif untuk pengeluaran komponen lain seperti abah-abah kabel voltan tinggi bagi pengecasan kenderaan elektrik.

Bermula akhir Jun nanti ianya akan dikeluarkan di kilang di Romania.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…
Berita Global
  Škoda Auto menyasarkan untuk mempunyai 30 pengedar dan potensi jualan tahunan lebih 40,000 unit…
Berita Global
  Kepercayaan itu bukan baharu dan Škoda telah membangunkan enjin MPI untuk siri tersebut dan…