Peranti Smart TAG baharu akan dilancarkan Oktober ini

oleh HEZERI SAMSURI|
Nampaknya empat juta pengguna SmartTag yang tidak mahu menggunakan sistem RFID tidak perlu risau.

Walaupun Touch N Go sebenarnya telah menghentikan jualan peranti SmartTAG, syarikat milik CIMB itu sebenarnya telah membuka peluang untuk syarikat lain bagi mengambil alih penjualan peranti untuk teknologi itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Contohnya ialah MaxTAG oleh Sigma Technology Sdn Bhd yang sudahpun berada di pasaran melalui platform e-dagang Lazada dengan harga RM148 seunit (gambar utama dan di bawah).

Kita juga ada peranti Smart Tag yang disambungkan keapda bateri kenderaan sendiri seperti yang digunakan pada kenderaan Toyota. Sistem ini turut dijual di Lazada dengan harga RM310.

Oktober ini pula, syarikat sebenar di belakang teknologi inframerah SmartTAG, Efkon Asia dari Austria akan melancarkan peranti SmartTAG mereka pula di pasaran tempatan.

 

 

Careta difahamkan Efkon Asia sedang melantik wakil penjual di seluruh negara sebelum melancarkan peranti tersebut. Harga untuk peranti dari Efkon masih lagi belum ditentukan.

Efkon Asia turut meyakinkan pengguna peranti SmartTAG agar jangan khuatir kerana Efkon akan memberikan khidmat lepas jualan untuk peranti-peranti yang ada sekarang.

Dibangunkan oleh Efkon dan beberapa syarikat tempatan pada tahun 1997 dan diperkenalkan di seluruh negara dalam tahun 2005, sistem TAG itu juga turut dieksport ke negara-negara lain seperti Vietnam dan Indonesia yang kini mempunyai komuniti pengguna yang semakin meningkat.

Menurut pengarah EFKON Asia, Helmuth Blasch, Sistem Kutipan Tol Infra-merah syarikat tersebut juga sedia digunakan dan sesuai untuk lalu lintas aliran bebas berbilang lorong.

 

 

“Di Jerman, Sistem Infra-merah yang sama telah terbukti berkesan dan boleh diharap dalam persekitaran lalu lintas aliran bebas berbilang lorong bagi kelajuan lebih daripada 120 kmsj dan ujian yang pernah kami lakukan di Malaysia memang terbukti berjaya," ujar beliau (Careta bertanya kepada beberapa sumber yang arif dan benar, sistem infra-merah SmartTAG ini boleh digunakan untuk kelajuan lebih daripada 120 kmsj dengan syarat alat penerima dipertingkatkan).

Helmuth kemudian menerangkan berbanding dengan penyelesaian mudah yang lain, sistem DSRC (Dedicated Short-Range Communication) Infra-merah juga menawarkan tahap keselamatan yang tinggi serta perlindungan dari penyalahgunaan menerusi pengklonan TAG. 

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.efkon.com atau hantar permohonan anda bagi membeli peranti dari Efkon  ke [email protected].

Untuk pengguna lebuhraya di Malaysia, masih kekal tiga mod pembayaran yang boleh dilakukan - kad Touch N Go, SmartTAG dan RFiD. Sebelum ini, mod pembayaran yang ditawarkan ialah Tunai, Touch N Go dan SmartTAG.

Tepuk dada tanya selera - yang mana mod pembayaran yang anda mahu gunakan?
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Insiden dilaporkan jam 12.30 pagi ketika cuaca dalam keadaan baik. Mangsa dipercayai hilang…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, satu peruntukan undang-undang baharu akan dibentuk bagi membendung golongan…
Berita Domestik
Hal ini disahkan sendiri oleh Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof menerusi temubual bersama portal…