Perarakan 55 SUV swapandu Changan cipta rekod dunia!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Adakah ini gambaran sebenar masa hadapan di mana segenap pelusuk jalan di dunia bakal dikuasai oleh kenderaan swapandu (autonomous car)?

Jawapannya mungkin ya, dan mungkin tidak, namun ini merupakan cubaan yang dilakukan oleh Cangan Automobile dalam usaha untuk menetapkan rekod dunia terbaharu. 

Menggunakan kira-kira 56 buah SUV yang dilengkapi dengan ciri swapandu, perarakan itu berlangsung di pusat ujian Dianjiang di Chongqing, China pada tahun lalu. 
 


Dengan kelajuan malar sekitar 30 km/j, barisan SUV Changan ini bergerak selama 9 minit 7 saat untuk melengkapkan jarak sejauh 3.2 km, sekaligus mencatatkan rekod sebagai perbarisan kereta swapandu terpanjang di dunia!

Namun, menurut rekod rasmi, hanya 55 buah kenderaan sahaja yang dikira oleh kerana salah seorang daripada pemandu uji dilihat cuba untuk mengambil alih operasi kereta ketika catatan rekod dilakukan. 

Untuk mencapai rekod dunia, Changan telah melakukan beberapa perubahan kepada sistem swapandu termasuklah:

  • menala kembali sensor jarak supaya lebih berupaya mengesan perubahan laluan dan posisi kenderaan dihadapan dalam julat beberapa sentimeter (cm) sahaja!
  • memandangkan ia dibuat dalam keadaan terkawal (litar ujian), kadar pengesanan objek oleh sistem kereta juga telah dikurangkan daripada 5% kepada 1%. 


Menurut wakil Cangan Automobile, Yang Guo menjelaskan tujuan ujian ini diadakan adalah untuk membina keyakinan di kalangan umum terhadap sistem swapandu yang dibangunkan oleh Changan. 

 

Sumber: Guinness World Records.

Berita Berkenaan

Berita Global
Baru-baru ini mereka berjaya memecahkan dua buah rekod dunia, kali ini menggunakan sebuah SUV…
Berita Global
Tahun ini, cubaan untuk menjadi kereta drift terpantas kini dipegang oleh Zeekr 001, di mana pihak…
Informasi
  Walaupun pengurus jualan pengedar Chevrolet tersebut agak keberatan menerima permohonan kerja …