Perarakan Thaipusam: Beberapa jalan di Gombak ditutup sehingga pagi 29 Januari

oleh SALINA JALIL|
Beberapa jalan di Gombak akan ditutup, sempena perarakan sambutan Thaipusam, mulai hari ini sehingga awal pagi 29 Januari.


Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, penutupan jalan itu susulan kebenaran pergerakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membawa Arca Dewa Murugan bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S Lee ke Kuil Seri Subramaniam, Batu Caves esok.
Modenas

 

"Laluan terbabit adalah susur ke Kuil Batu Caves dari arah Bulatan Batu Caves, susur MRR2 ke Jalan Perusahaan Batu Caves, simpang Jalan Perusahaan ke Bulatan Batu Caves, jalan ke tempat mandian utama, Sungai Batu Caves," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Katanya, jalan akan dibuka semula pada jam 6 pagi, 29 Januari.

 

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak perlu hadir, kerana upacara sembahyang di kuil sempena Thaipusam kali ini tidak dibenarkan, dan semua pihak juga hendaklah mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa.

 

Katanya, polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar SOP PKP (Thaipusam) yang ditetapkan MKN.

 

 

 

Harian Metro

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
  “Perarakan itu akan melalui Jalan Tun H S Lee, Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan…
Informasi
  Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T Narenasegaran, berkata bagi sambutan Thaipusam penutupan…
Berita Domestik
Sime Darby Auto Conexxion, pengedar rasmi Ford di Malaysia telah mengumumkan tawaran istimewa…