PERATURAN BARU FORMULA 1 2022

oleh Penyumbang Rencana 2|
Peraturan teknikal dicadangkan untuk sesi 2021 namun telah ditunda akibat pandemik Covid-19. Disebabkan penundaan, kesemua pasukan dilarang menggunakan jentera yang dibangun menggunakan asas peraturan teknikal yang baru pada sesi 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

-    Peraturan yang baru dibuat untuk mengelakkan sebarang perubahan dan rekaan yang radikal sehingga membuatkan jentera pasukan lain mengalami kesukaran untuk memotong
-    Objektifnya adalah untuk membuatkan perlumbaan lebih kompetitif dan mengelakkan dominasi sesuatu pasukan sahaja
-    Peraturan teknikal pertama yang diperkenalkan adalah merangkumi aspek aerodinamik dan rekaan badan jentera, enjin dan bahanapi serta set rim dan tayar
 

Aerodinamik

sumber gambar: RaceFans


-    Memperkenalkan kembali "Ground Effect" buat julung kalinya sejak tahun 1980.
-    Rekaan jentera sekarang membuatkan jentera yang mengekori di belakang kehilangan 35% "Downforce" pada jarak 20 meter
-    Sekiranya lebih dekat dalam lingkungan 10 meter, jentera di belakang akan kehilangan sekitar 47% downforce
-    Faktor "Ground Effect" ini akan menurunkan kadar kehilangan "Downforce" menjadi sekitar 4% pada jarak 20 meter dan 18% pada jarak 18 meter
-    "Ground Effect" juga sekaligus akan membuatkan rekaan badan akan menjadi lebih sederhana dan tidak terlalu radikal
-    Tujuannya adalah untuk mengurangkan "Air Turbulence" dan membantu pemandu mengekori jentera di hadapan dengan lebih rapat pada masa yang sama mengekalkan tahap "Downforce" yang sama
-    Memansuhkan penggunaan "Bargeboards
-    "Bargeboards" adalah komponen yang berada diantara tayar hadapan dan "Sidepods". Tujuannya adalah untuk memanipulasikan rintangan angin pada keseluruhan badan jentera
-    Pemansuhan penggunaan "Bargeboards" membuatkan kesemua pasukan mampu bersaing dengan lebih telus dan kompetitif dan tidak terikat dengan akta "Copycat"

 


-    "Over Wheel Winglets" diperkenalkan buat kali pertama sejak 2009
-    Tujuannya adalah untuk mengawal "Aerodinamik Wake" daripada tayar hadapan dan menghalakannya terus ke "Rear Wing"
-    Rekaan "Front Wing" dipermudahkan dan tidak terlalu sofistikated
-    "Front Wing" juga mesti direka dan berada bersama dengan "Nosecone"
-    Musim terdahulu "Front Wing" dilekatkan pada bahagian hidung jentera dengan "support". Oleh yang demikian, rekaan ini menyebabkan terhasilnya ruang dibawah jentera sekaligus menyebabkan aliran udara boleh lalu dibawah jentera
-    Rekaan "Rear Wing" direka menjadi lebih tinggi dan lebih lebar dari musim sebelumnya
-    Rekaan ini bertujuan untuk mengalirkan udara supaya "outwards" dan bukannya "upwards" seperti sebelum ini
-    Hal ini membolehkan jentera di belakang melalui "Clean Air" yang kurang rintangan berbanding "Dirty Air" yang penuh dengan "Turbulence"
-    Sistem DRS masih digunapakai
-    Penggunaan gas ekzos bagi tujuan "Downforce" akan lebih diperketatkan dan dihadkan
-    Bahagian badan jentera mesti diselaputi dengan getah bagi meminimakan risiko pecah atau patah yang akan mengundan banyak "Yellow Flag" dan merencatkan momentum perlumbaan
-    Setiap pasukan mempunyai jurutera aerodinamik mereka sendiri
-    Pihak F1 menghadkan penggunaan komponen bagi menambahbaik faktor aerodinamik 
-    Segala faktor tentang peraturan diatas adalah untuk menghadkan kos perbelanjaan setiap pasukan
-    Dengan adanya had kos perbelanjaan, pasukan kecil mampu bersaing secara kompetitif dengan pasukan besar
 

Enjin

sumber gambar: Mercedes-AMG F1


-    Masih menggunakan enjin berkapasiti 1.6 Liter V6 Turbo-Hybrid 
-    Unit Hybrid yang dimaksudkan adalah unit Energy Rocovery System atau ERS
-    ERS terdiri dari dua motor iaitu MGU-K dan MGU-H
-    Untuk musim 2022, unit MGU-H dimansuhkan
-    Untuk menampung kehilangan ini, pihak F1 membenarkan rev limit ditingkatkan kepada 3,000rpm menjadikan jumlah rev yang dihasilkan kepada 18,000rpm
-    Unit MGU-K pula dibangunkan semula supaya menjadi lebih berkuasa
-    Bahanapi yang digunakan adalah "High Octane Unleaded Fuel" bersama 5.75% campuran alkohol

 

Keselamatan


-    Rekaan chassis terbaru hendaklah menyerap impak dalam kadar 63% pada bahagian hadapan dan belakang
-    Penggunaan material yang lebih jitu diperlukan
-    Rekaan terbaharu membolehkan enjin akan terpisah dengan chassis sekiranya ada impak kuat tanpa mendedahkan tangki bahanapi
-    Rekaan ini menjadikan jentera lebih berat dari 752kg kepada 790kg

 

Tayar


-    Set rim 18 inci bersama tayar berprofil rendah diperkenalkan buat julung kalinya
-    Musim sebelumnya jentera Formula 1 menggunakan set rim bersaiz 13 inci dan tayar berprofil tinggi
-    Tujuannya adalah untuk mengurangkan risiko "Sidewall" tayar berubah bentuk ketika selekoh sekaligus menyebabkan faktor aerodinamik terganggu

 

Penulis: Ahmad Omar

Penulis merupakan seorang pengarah urusan pusat servis kenderaan. Beliau berpengalaman bertugas sebagai mekanik, penasihat teknikal dan pengurus pemasaran di dalam dan luar negara. Beliau juga berpengalaman di dalam mengendalikan jentera-jentera mewah dari Itali, Jerman, UK dan Jepun.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…
Berita Global
Kehebatan kejuruteraan pasukan itu tidak dapat dinafikan lagi dan kali ini Red Bull bakal…
Sukan Bermotor
Lebih mengejutkan, bintang F1 itu juga diumumkan akan bersama pasukan Scuderia Ferrari pada tahun…