Perbaharui lesen memandu LDL, PDL, CDL dan PSV/GDL sebelum 30 Jun 2022

oleh SALINA JALIL|
tangkap layar dari facebook JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan kepada semua pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk memperbaharui lesen memandu sebelum 30 Jun ini.


JPJ dalam hantaran Facebooknya memaklumkan, pemegang lesen tersebut melibatkan individu yang telah diberikan pelanjutan tempoh keesahan (kuat kuasa) atau tamat tempoh bermula 13 Januari 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Antara jenis lesen tersebut adalah Lesen Belajar Memandu (LDL) tamat dalam tempoh dua tahun boleh dibuat melalui JPJ dan Pejabat Pos.

 


“Lesen Memandu Percubaan (PDL) melebihi satu tahun dan Lesen Vokasional (PSV/GDL) melebihi tiga tahun hanya di JPJ. Manakala, Lesen Memandu Kompeten (CDL) melebihi tiga tahun boleh dibuat JPJ, Pejabat Pos dan MyEG,” kata kenyataan itu pada Khamis.

 

Tambah kenyataan itu, pembaharuan lesen berkenaan bagi mengelakkan mereka mengambil ujian semula untuk memperbaharui lesen tersebut.

 

"JPJ boleh mengambil tindakan saman disebabkan tempoh kebenaran untuk tidak memperbaharui lesen sehingga 31 Disember 2021 sahaja.

 

“Kalau ditahan selepas 30 Jun 2022, pemilik boleh disaman atas kesalahan tiada lesen memandu,” kata kenyataan itu.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…
Informasi
VOC mula diperkenalkan pada 2016 oleh JPJ bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan atau…