Percubaan rentas negeri: 1,248 kenderaan ditahan dan diarah patah balik

oleh SALINA JALIL|
Jumlah kenderaan yang ditahan polis kerana cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung, meningkat sekali ganda berbanding kelmarin.


Menteri Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 1,248 kenderaan ditahan semalam, berbanding 508 kenderaan kelmarin dan masing-masing diarahkan berpatah balik.


"Maknanya lebih ramai rakyat yang cuba curi-curi pulang ke kampung dengan pelbagai alasan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Ada yang bersiap-siap lepas sahur bawa anak isteri tapi bila sampai sekatan jalan raya diarah patah balik.

 

"Alhamdulillah polis arah patah balik, kalau dikenakan dikompaun RM1,000 jadi yang rugi adalah kita.

 

"Saya harap tidak perlulah cuba balik kampung terutama rentas negeri," katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.

 

Ismail Sabri berkata, beliau memahami perasaan orang ramai yang amat merindui kampung halaman masing-masing, namun jika masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kes jangkitan Covid-19 berkurangan, pastinya PKP berakhir segera.

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Kesesakan lalu lintas ini berpunca daripada pertambahan pengguna jalan raya yang menggunakan…