Pergerakan barangan melalui pusat pemeriksaan Padang Besar bermula hari ini

oleh SALINA JALIL|
Timbalan Perdana Menteri Thailand Jurin Laksanavisit berkata Malaysia bersetuju meneruskan semula pergerakan barangan menerusi jalan darat melalui pusat pemeriksaan Padang Besar di Daerah Sadao, Songkhla, selatan Thailand mulai hari ini.


Jurin yang juga Menteri Perdagangan berkata, pengangkutan barangan melalui pusat pemeriksaan Padang Besar, yang dihentikan sementara untuk mengekang penularan wabak COVID-19 akan diteruskan semula hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pergerakan rel kargo di pusat pemeriksaan Padang Besar sudah bermula semula pada 11 April lalu.

 

"Thailand akan menghantar semua barangan termasuk kayu getah, buah-buahan dan produk komoditi ke Malaysia melalui rel dan trak kargo menerusi pusat pemeriksaan Padang Besar mulai esok.

 

"Ini akan meningkatkan eksport perdagangan sempadan antara Thailand dan Malaysia," katanya dalam kenyataan.

 

Beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang membuka semula pusat pemeriksaan Padang Besar bagi pergerakan barangan untuk meningkatkan kerjasama perdagangan sempadan.

 

Bulan lalu, Jurin menulis surat kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta bagi diteruskan semula pengangkutan barangan melalui jalan darat antara Malaysia dan Thailand.

 

Malaysia ialah rakan dagang terbesar Thailand bagi perdagangan sempadan dengan dagangan dua hala bernilai 56.47 bilion baht (RM35.33 bilion) tahun lalu.

 

 

BERNAMA

Berita Berkenaan

Informasi
  Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan telah bersetuju…
Berita Global
Bangkok Post melaporkan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan. Kejadian…
Informasi
  Sehubungan itu juga, katanya seramai 34 petugas di ICQS berkenaan membabitkan kakitangan Jabatan…