Pergerakan rentas daerah kini dibenarkan mengikut enam zon negeri Sabah

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Kerajaan Negeri Sabah hari ini membenarkan pergerakan merentas daerah dalam negeri ini mengikut enam zon yang ditetapkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tambah beliau, Zon 1 melibatkan daerah Kota Kinabalu, Kota Belud, Ranau, Tuaran, Penampang, Putatan dan Papar; Zon 2 merangkumi Beaufort, Kuala Penyu, dan Sipitang, sementara Zon 3 meliputi Kudat, Kota Marudu dan Pitas.

Zon 4 pula melibatkan Sandakan, Beluran, Kinabatangan, dan Tongod; Zon 5 merangkumi Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kunak dan Kalabakan, manakala Zon 6 pula meliputi Keningau, Tambunan dan Tenom.

"Rentas sempadan (daerah) dibenarkan mengikut zon yang ditetapkan, kecuali jika daerah itu dibawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penduduk hanya boleh merentas sempadan dalam zon yang ditetapkan itu sahaja, tidak boleh merentas daerah ke zon lain.

"Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor antaranya data sains perubatan yang kita peroleh setiap hari, dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan," katanya pada sidang media COVID-19 kerajaan negeri di sini malam ini.

Tambah Masidi, tindakan kerajaan negeri untuk masih tidak membenarkan rentas daerah secara penuh di Sabah tidak boleh disamakan dengan kebenaran rentas daerah penuh yang telah diberikan untuk negeri-negeri di Semenanjung berdasarkan pelbagai sebab terutama keluasan daerah.

"Negeri Melaka sahaja sama besar dengan daerah Ranau, Pahang pula sama besar dangan daerah Kinabatangan, maka perbandingan daerah di Sabah dan Semenanjung itu tidak sesuai bila kita lihat untuk megnawal rentas sempadan bagi mencegah COVID-19

Beliau berkata, walaupun kes harian Sabah semakin rendah dengan 95 kes baharu COVID-19 hari ini, semua pihak termasuk penduduk tidak boleh leka dalam mengekang pandemik itu.

"Kebolehjangkitan di Sabah masih pada tahap yang tinggi, kita juga perlu berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan dan sebarang sikap berpuas hati boleh menyebabkan satu lagi lonjakan (COVID-19) di Sabah," katanya.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, kemasukan ke Sabah meliputi lawatan sosial dan…
Berita Domestik
  Katanya, ia kemudian menjangkiti orang lain termasuk saudara mara sebelum mereka turut disahkan…
Berita Domestik
Perjalanan merentas sempadan dan negeri masih tidak dibenarkan di bawah Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan…