Periksa kenderaan secara percuma dengan Puspakom

oleh DIANA ISMADI|

Bersempena musim perayaan ini, PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM) akan melancarkan kempen #drivesafenoregrets dengan menawarkan perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Persendirian Sukarela atau Voluntary Vehicle Inspection (VVI).

Program ini dibuka secara percuma mulai 13 Jun 2017 sehingga 23 Jun 2017 di pusat pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM.

Pemeriksaan VVI percuma ini akan dijalankan di semua pusat pemeriksaan PUSPAKOM, kecuali di Shah Alam, Taman Bukit Maluri, Mak Mandin dan Kota Bharu, yang dikhaskan untuk pemeriksaan kenderaan perdagangan sahaja.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail, “Pemeriksaan VVI ini merangkumi 25 peringkat iaitu ujian Pengeluaran Asap, Gelincir Sisi, Suspensi, Ketelusan Cahaya Cermin, Brek serta Lampu”

Laporan VVI akan dikeluarkan sejurus selepas pemeriksaan kenderaan dijalankan dan laporan ini boleh digunakan oleh pemilik untuk mengetahui keadaan kenderaan mereka dan mengesan sebarang kerosakan.

Kempen VVI secara percuma ini akan bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari, tanpa perlu membuat temujanji (tertakluk kepada waktu operasi setiap cawangan di negeri berlainan).

Sempena kempen ini, PUSPAKOM juga menganjurkan pertandingan #drivesafenoregrets 'Write Caption & Win', di mana para pelanggan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan.

Para pelanggan hanya perlu hadir menjalani pemeriksaan VVI dengan menghantar kapsyen gambar melalui “private message” di Facebook PUSPAKOM.

Pemenang hadiah utama ditentukan berdasarkan jumlah 'Like' tertinggi dan juga komen kapsyen yang paling kreatif. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung pertandingan ini boleh dimajukan ke laman facebook //www.facebook.com/puspakomvehicleinspection

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Langkah tersebut bertujuan untuk mengukuhkan integriti dan mengekalkan amalan tertinggi bagi…
Berita Domestik
Pemilik yang ingin mendapatkan pemeriksaan percuma boleh hadir terus ke mana-mana cawangan PUSPAKOM…
Berita Domestik
Oleh itu, perkhidmatan pemeriksaan berkala itu akan dibuka kepada pihak yang berkelayakan serta…