Periksa kereta awal sebelum balik kampung - bahagian asas

oleh Careta.my|
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
Masanya sudah tiba kembali. Inilah musimnya di mana jumlah kenderaan atas jalan raya bertambah dan masing-masing mempunyai destinasi sendiri untuk pulang menyambut perayaan ataupun bercuti. Anda tidak akan mahu mengambil risiko kereta mengalami masalah pada waktu ini kerana ia cukup bermakna, malah begitu juga dengan nyawa ahli keluarga yang turut serta dalam kenderaan. Walaupun masih tinggal lebih dari seminggu, lebih awal anda membuat persiapan adalah lebih bagus. Di sini kami senaraikan bahagian-bahagian penting kenderaan yang anda boleh periksa. Juga, jika tidak tahu yang mana adalah apa, rujuk ke buku panduan kenderaan. Kia Sportage GT Line-20 Enjin
  • Periksa catatan batuan dan jika sudah sampai waktu untuk diservis, teruslah hantarkannya. Anda juga mungkin dapat menikmati pelbagai diskaun alat ganti dan upah di pusat servis sempena musim perayaan ini.
  • Tangki air/'coolant' - Lihat pada tangki simpanan dan buka penutup radiator untuk melihat tahap air yang ada. Jika kurang, tambah ke tahap sepatutnya.
  • Minyak brek, klac dan stereng - Tangki minyak bahagian-bahagian ini boleh dilihat jelas di bahagian enjin dan anda boleh memeriksanya. Bawa ke pusat servis atau bengkel sekiranya kurang untuk memastikan penggunaan minyak yang betul dan lakukan pemeriksaan sekiranya terdapat kebocoran.
  • Periksa tahap minyak enjin - Pada bahagian utama enjin, terdapat pengukur yang boleh melihat tahap minyak enjin. Tambah atau bawa ke bengkel untuk ditukar sekiranya perlu.
  • Periksa juga bahagian-bahagian lain untuk mencari sebarang kebocoran, sama ada pada hos-hos getah atau sambungan-sambungan lain.
Brek
  • Pad brek yang perlu ditukar boleh diketahui kerana ia akan mengeluarkan bunyi apabila anda menekan pedal.
  • Sekiranya terdapat ruang pada rim, anda juga boleh mengintai pad brek sama ada ia sudah nipis dan perlu ditukar ataupun tidak.
  • Cakera yang sudah calar dengan dalam juga perlu ditukar jika sebelum ini pernah digosok (skimmed)
  • Bagi brek belakang atau brek tangan pula, anda akan tahu keadaannya perlu ditukar apabila ditarik, ia kurang mencengkam ataupun tuil tangan itu semakin tinggi daripada biasa.
tyre-tread-indicator_1 Tayar
  • Pemeriksaan fizikal terhadap tayar mudah dilakukan. Pertama, perhatikan jika ada sebarang perubahan bentuk seperti benjolan atau koyak. Jika ada, ia perlu ditukar.
  • Pada bahagian bunganya, terdapat tanda menunjukkan tahap kehausannya. Jika sudah sampai tahap itu, tukar.
  • Jangan lupa tayar simpanan dan peralatan membuka tayar. Pastikan semuanya ada dalam keadaan baik.
06022012792 Lampu
  • Pasang suis-suis lampu yang ada satu persatu dan periksa sama ada ia masih menyala. Jika tidak, anda mungkin mahu memeriksa fiusnya terlebih dahulu sebelum terus menukar mentolnya.
Ini adalah antara perkara asas yang perlu diberi perhatian dan lebih baik dilakukan awal. Sekurang-kurangnya, jika sebarang pembaikan perlu dilakukan, anda tidak perlu bersesak di bengkel atau pusat servis.