Perintah Kawalan Pergerakan: Empat penunggang motosikal 'berkonvoi' ditahan

oleh SALINA JALIL|
EMPAT penunggang motosikal ditahan polis selepas berkonvoi dari Cheras ke Titi, Jelebu, hari ini.

Mereka yang berusia antara 20-an hingga 30-an itu ditahan pada 9.30 pagi di Jalan Besar Titi, Jelebu.

Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, semua mereka jelas melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diberkas hasil maklumat awam.

 

“Dalam soal siasat, mereka mengaku tahu mengenai PKP yang bermula 18 Mac lalu, namun sengaja menjalankan aktiviti konvoi bermotosikal.

 

“Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu dan ujian air kencing mendapati negatif dadah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Kamarul Rizal berkata, perintah tahanan reman mereka akan dibuat esok untuk siasatan Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah - Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

 

“Polis sentiasa memantau pergerakan orang ramai sehingga tamat PKP dan mereka yang melanggar peraturan dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya.

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata, kebenaran itu akan bermula 9 September ini secara janji…
Berita Domestik
  Malah ada majikan yang menetapkan seseorang pekerja itu wajib memiliki lesen memandu sebelum…
Berita Domestik
  "Bilik pameran dalam talian kini terbukti menjadi alternatif yang sesuai untuk pelanggan semasa…