Menurut Ketua Pegawai Operasi Prasarana Malaysia, Datin Norlia Noah, pihak syarikat telah pun mendapat kebenaran dari Kementerian Pengangkutan untuk mengurangkan kadar perjalanan tren kerana penurunan pengguna yang mendapat ketika PKPB sekarang.
"Waktu operasi kekal dari jam 6 am hingga tengah malam, cuma kadar kekerapan akan berubah mengikut masa dan permintaan," ujarnya melalui kenyatan akhbar.
Kekerapan perjalanan untuk perkhidmatan bas Rapid KL dan Jom Naik MRT turut akan dikurangkan, kecuali Rapid Bus yang akan dipantau keperluannya.
Prasaran menyeru orang ramai dan pengguna untuk menggunakan Google Maps atau applikasi Moovit serta perkhidmatan laman web https://myrapidbus.prasarana.com.my/kiosk untuk memudahkan perancangan pergerakan.