Perkhidmatan kereta sapu - Tiga individu dikenakan tindakan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Tindakan tiga individu menjalankan perkhidmatan kereta sapu di Jeti Penumpang Port Dickson, di sini membawa padah apabila dicekup Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan.


Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, operasi penguatkuasaan khas dilakukan pihaknya itu susulan aduan berulang yang diterima.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

"Bertindak atas maklumat itu, seramai 15 anggota terlibat dalam operasi yang dilaksanakan pada Isnin lalu.

"Tiga individu telah dikenakan tindakan kerana melakukan kesalahan menurut peruntukan Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat(APAD) 2010," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, risikan mendapati, kereta sapu berkenaan aktif beroperasi antara jam 10 pagi hingga 4 petang iaitu waktu feri berlepas dan feri sampai di jeti.

Sementara itu katanya, operasi berkenaan dilaksanakan untuk mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu kereta sapu yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

"Mana-mana orang, tanpa kuasa yang sah, memujuk atau mendesak bagi maksud menawarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan menerima sewa atau upah untuk membawa penumpang adalah satu kesalahan.

"Jika disabitkan kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima lima tahun atau kedua-duanya," katanya.

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Daripada jumlah itu, 556 motosikal disita selain 14,269 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan…
Berita Domestik
"JPJ memandang serius isu ini terutamanya warga asing yang menunggang motosikal tanpa lesen memandu…
Berita Domestik
  "Arahan telah dikeluarkan kepada semua pengarah JPJ di setiap negeri membuat operasi khas ke…