Perkhidmatan Komuter Lembah Klang, ETS alami gangguan akibat kren tumbang

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Komuter Lembah Klang dan Tren Elektrik (ETS) mengalami gangguan perjalanan disebabkan kren tumbang berhampiran landasan pada Selasa.

Bagaimanapun, KTMB dalam kenyataan tidak menyatakan lokasi insiden tersebut dan menjelaskan kejadian tersebut telah menyebabkan kedua-dua landasan bagi laluan Rawang-Tanjong Malim, terhalang.

Susulan kejadian itu, perkhidmatan Komuter sektor Tanjong Malim-KL Sentral-Tanjong Malim akan ditamatkan di Serendah manakala perkhidmatan ETS akan dimaklumkan kelak.

"Insiden ini akan mengambil masa untuk dipulihkan kerana alat talian atas terputus," menurut kenyataan itu.

Justeru, KTMB menyediakan perkhidmatan bas kepada penumpang perkhidmatan Komuter Lembah Klang bagi perjalanan pergi dan balik laluan Sungai Buloh ke Serendah manakala laluan KL Sentral-Sungai Buloh-Tanjung Malim untuk penumpang ETS.

"Pihak KTMB akan melaporkan perkembangan terkini situasi dari semasa ke semasa dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku," menurut kenyataan itu.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
"Kerja migrasi sistem semboyan sedang dilaksanakan di laluan antara Stesen Kepong sehingga Stesen…
Informasi
Perkhidmatan KTM Komuter laluan Pulau Sebang-Batu Caves-Pulau Sebang dan Tanjung Malim-KL Sentral-…
Informasi
“Insiden ini berlaku akibat pokok tumbang yang menyebabkan alat talian atas putus dan telah…