Perkhidmatan LRT terganggu: "Saya pun berang tiap-tiap minggu ada gangguan" - Loke

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Kementerian Pengangkutan mengarahkan operator Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memberi perhatian serius serta keutamaan kepada usaha menangani isu teknikal yang sering mengganggu operasi perkhidmatan rel.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata isu gangguan teknikal dihadapi operator LRT, MRT dan KL Monorel sudah diutarakannya kepada Prasarana terutama ketika kerajaan sedang menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Beliau mengakui tiada siapa mahu isu teknikal dan gangguan berlaku secara berterusan, justeru kerajaan berusaha sedaya upaya untuk meminimumkannya.

"Memang ada cabaran... betul dalam beberapa minggu ini (kerap ada gangguan perkhidmatan rel) saya pun berang tiap-tiap minggu ada gangguan.

"Apabila kita nak galakkan orang ramai (guna perkhidmatan rel), saya tahu respon orang ramai akan kata - ini Menteri minta kita pakai tren tetapi tiap-tiap hari ada gangguan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Kempen Penggunaan Rel Bagi Menangani Peningkatan Kos Bahan Api di Putrajaya pada Selasa.

Dalam pada itu, Loke mengakui ada antara insiden gangguan tidak dapat dijangka seperti kerosakan pada peralatan yang menyebabkan stesen terbabit tidak dapat berfungsi dengan baik.

"Kita bagi perhatian kepada sistem isyarat, tren dan sebagainya, tiba-tiba suis rosak. Suis rosak menyebabkan stesen itu tidak dapat berfungsi dengan baik.

"Jadi ini menyebabkan ada gangguan terhadap tren semalam. Ini memang sesuatu cabaran besar kepada kita.

Februari lalu, media melaporkan, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sudah diarahkan untuk menyiasat insiden gangguan berulang dialami perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya pada awal Ramadan.

Loke dilaporkan berkata beliau juga mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana untuk memberi penjelasan berhubung perkara itu dalam mesyuarat pasca Kabinet berserta pelan tindakan pemulihan segera.

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, kerajaan memandang serius trend pemasangan lampu itu dan sedang meneliti kesannya…
Berita Domestik
Katanya, jenayah kecurian kabel tidak boleh dianggap sebagai kes kecurian biasa kerana ia memberi…
Berita Domestik
Beliau berkata, insiden itu berlaku ketika proses pertukaran landasan apabila gerabak pertama…