Selain itu dua van disediakan bagi zon MRT Putrajaya Sentral – Presint 14 dan 16; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC); MRT Putrajaya Sentral – Cybersouth Dengkil dan Desa Pinggiran Putra – Desa Gemilang Putrajaya.
Zon operasi yang menggunakan aplikasi Trek Rides adalah laluan yang mempunyai kesalinghubungan dengan perkhidmatan tren serta lorong bas Jalan Ampang.
"Sebelum ini hanya lorong bas Jalan Genting Kelang dan Jalan Klang Lama sahaja yang mempunyai capaian kepada perkhidmatan ini. Kini kesemua pengguna lorong bas boleh menikmati serta meneruskan perjalanan dengan Rapid KL On-Demand.
"Bagi pengguna dari Putrajaya, kini lebih banyak pilihan laluan tersedia melalui aplikasi KUMMUTE yang bakal menghubungkan anda ke destinasi yang ingin dituju dan rata-rata kawasan yang tiada capaian perkhidmatan awam disediakan," menurut kenyataan itu.
Selain itu Rapid KL On-Demand juga akan menambah baik perkhidmatan di tujuh zon yang dilancarkan pada 10 Mac lepas dengan penambahan jumlah van bagi setiap zon untuk menampung permintaan penggunaan yang semakin meningkat.
Pertambahan sebuah lagi van membabitkan zon Taman Melati – Gombak Setia; Bukit Antarabangsa - Setiawangsa dan Bangi - UNITEN, masing-masing dengan tiga van manakala Wangsa Maju – Sri Rampai; Titiwangsa – Chow Kit; Bandar Kinrara – Jalan Puchong dan Taman OUG – Kuchai Lama, empat.