Perkhidmatan tanpa kontak di Mazda

oleh SALINA JALIL|
Pengedar rasmi kenderaan Mazda di Malaysia, Bermaz Auto telah mengumumkan penyambungan semula operasi pusat servis bermula sejak 12 Mei lalu.


Untuk menyahut saranan kerajaan serta nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Bermaz telah berusaha dan mengambil langkah untuk mengurangkan kontak antara pelanggan dan kakitangannya dengan memperkenalkan Perkhidmatan Tanpa Kontak (Contactless Service) yang menawarkan pilihan "Ambil dan Hantar" (Collect & Deliver) atau "Servis Mudah Alih" (Mobile Service).
Modenas

Untuk pilihan "Ambil & Hantar", kakitangan Bermaz akan datang ke lokasi pilihan pelanggan untuk mengambil kereta dan menghantarnya semula setelah siap diservis.

 

Lokasi pilihan perlu berada di dalam radius yang tidak melebih 10 km dari pusat servis.

 

Bagi pilihan "Servis Mudah Alih" pula, juruteknik Bermaz akan melakukan servis di rumah pelanggan sendiri. Perkhidmatan ini sebenarnya sudah ditawarkan sejak 2107. Menurut Bermaz, kereta pelanggan akan dibasmi kuman sebelum dan selepas servis.

 

Selain itu, Bermaz turut mengumumkan perlanjutan waranti dan penyelenggaraan percuma bagi pelanggan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Bermaz juga telah mewujudkan sebuah laman web "Covid-19: we care" untuk memberi pelanggan maklumat terkini serta tips penjagaan kenderaan semasa PKP.

 

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Telah Diuji
  Jadi, apa yang anda dapat dalam SUV Jepun tetapi dipasang siap (CKD) di Kulim, Kedah ini yang…
Berita Domestik
Naza juga dikatakan telah menjual kebanyakan cawangan Kia miliknya kepada pengedar-pengedar Kia…
Berita Domestik
Memetik laporan daripada Wapcar, Dato Francis Lee berkata demikian ketika mengulas perancangan masa…