Perlu peruntukan lebih RM200,000 untuk baiki jalan di penempatan Orang Asli Pos Balar, Gua Musang

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Harian Metro
Peruntukan lebih RM200,000 diperlukan bagi membaik pulih jalan yang menjadi penghubung utama ke kawasan penempatan Orang Asli di Pos Balar di Gua Musang yang sudah bertahun-tahun mengalami.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Lebih 2,000 penduduk kampung Orang Asli di Pos Balar dan Pos Bihai, merayu pihak berwajib supaya menaik taraf jalan masuk ke kampung mereka untuk kemudahan melakukan urusan seharian.

 

Ini berikutan keadaan jalan yang rosak dan mendap selain berisko berlaku tanah runtuh hingga membahayakan nyawa penduduk terutama golongan pendidik yang melaluinya untuk keluar masuk ke kawasan itu.

 

Penghulu Kampung Manjun, Aja Along, 69, berkata keadaan jalan akan menjadi lebih teruk pada musim tengkujuh dan membahayakan penduduk.

 

"Baru-baru ini ketika hujan, pelajar dari Pos Balar bertolak pada 3 petang untuk ke asrama dan mereka tiba di bandar Gua Musang pada 5 pagi disebabkan keadaan jalan yang rosak.

"Kami sebagai ibu bapa bimbang dengan keselamatan anak dan berharap supaya projek naik taraf jalan yang dijanjikan sebelum ini dipercepatkan," katanya ketika ditemui di Pos Balar.

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, pihaknya mengambil maklum masalah yang dihadapi masyarakat Orang Asli di kawasan terbabit.

 

Menurutnya, pihaknya akan membaiki laluan itu dengan kaedah sapu jalan kerana menyedari penduduk sukar untuk keluar ke bandar Gua Musang dan melaksanakan aktiviti harian mereka disebabkan jalan yang rosak teruk.

 

Katanya, peruntukan lebih RM200,000 diperlukan untuk membaiki dan membaik pulih jalan di kampung terbabit.

 

"Saya memahami kesusahan masyarakat Orang Asli serta pendidik yang terpaksa melalui jalan rosak dan berselut terutama pada musim tengkujuh.

 

"Kalau kita nak menunggu jalan perhubungan desa yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) akan mengambil masa agak lama.

 

"Justeru, saya percaya perkara ini perlu diambil perhatian segera oleh pihak berwajib. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memaklumkan untuk melihat perkara ini secara lebih teliti dan berharap kerja pembaikan dapat dilakukan segera, kerana musim tengkujuh akan tiba," katanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Keseluruhan kos baik pulih jalan-jalan yang rosak akibat banjir di Kelantan berjumlah RM10.6 juta…
Berita Domestik
Beliau berkata pihaknya turut mengambil maklum dengan aduan rakyat mengenai kesesakan teruk yang…
Berita Domestik
"Setakat 30 Jun lepas, sebanyak 2,950 jalan berlubang telah diselenggara, selain kerja baik pulih…