Perlumbaan akhir Vios Challenge musim kelima tampil format perlumbaan malam

oleh Penyumbang Rencana 2|
Festival Toyota GAZOO Racing dan Vios Challenge Racing musim kelima bakal disaksikan bersama 2,000 peminat fanatik di atas bumbung eksklusif Litar Antarabang Sepang pada 24 dan 25 September 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bilangan tersebut termasuk penyokong celebriti yang akan memasuki ruang acara secara eksklusif dengan pelbagai aktiviti menarik. 

Antaranya seperti sesi ‘meet & greet’ bersama pelumba, penjualan barang premium GAZOO Racing dan Toyota serta  dua konsert istimewa dan banyak lagi.

Festival yang bermula daripada perlumbaan jalanan kepada litar dan kini perlumbaan malam bukan sahaja dapat menarik perkembangan dalam bakat baharu pelumba muda. Momentum festival diharapkan dapat diteruskan untuk musim keenam dan seterusnya pada masa akan datang.
 

Vios


Konsert yang dianjurkan menampilkan persembahan artis antaranya Nabila Razali, Wany Hasrita dan Khai Bahar.

Dalam pada itu, persembahan khas yang bertemakan Rockers & Racer turut menampilkan ratu rock negara Ella bersama kumpulan Dolla.

Empat kategori pertempuran yang dipertandingkan iaitu Promotional Class (Zizan Razak dan Shukri Yahya), Rookie Class (Nabil Azlan dan Muhammad Hamdany) serta Sporting Class (Naquib Azlan) dan Super Sporting Class (Tengku Djan Ley, Mark Darwin dan Eddie Lew serta Freddie Ang) 

Ditambah lagi jumlah keseluruhan hadiah kemenangan juara Vios Challenge Racing bernilai lebih daripada setengah juta termasuk wang tunai RM70,000 (Super Sporting) dan RM50,000 (Sporting Class), menjadikan acara pada kali ini paling lumayan berbanding tahun-tahun sebelumnya. 

Penulis: IZRA

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bukan itu sahaja, hujung minggu tersebut turut dimeriahkan dengan kemunculan jentera lumba Toyota…
Sukan Bermotor
Selain itu, UWM Toyota juga giat dalam menyumbang kepada pembangunan bakat muda di dalam sukan…
Berita Domestik
Bermula dari tahun 2017 hingga 2023, setakat ini sudah lebih daripada 18 juta rakyat Malaysia…